Sunday, December 6, 2009

banjir oh banjir...

dah lama tak bukak apatah lagi update blog ni..sorilah..bukan tak nak memeriahkan blog ni..cuma masa yg kesuntukan gara2 tganu dilanda banjir baru2 ni..bukan sekali..bukan 2.. tapi 3 kali...masyaAllah..itulah dugaan Allah yg tak penah telintas di hati kami...yelah..bukan kerana tganu tak penah dilanda banjir cuma tak delah smpai 3 kali mcm ni...ramalan kaji cuaca tahun ni mmg benar belaka..huhu..gelombang ke tiga hadir di saat umat Islam baru sj meraikan Aidiladha...bagaikan ingin menguji keimanan dan kesabaran umat manusia...maka berpindahlah mangsa2 banjir ke pusat pemindahan sebanyak 3 kali dlm ms 3 minggu...maka dengan rasminya juga kami kaunselor2 jabatan bertugas membantu mangsa banjir sama ada menghulurkan bantuan fizikal mahu pun spiritual...

hampir 24 jam kami bertugas di setiap daerah bagi memastikan mangsa2 banjir ini memperolehi keperluan yang mencukupi terutama selimut, tikar, tuala, barangan makanan asas, berus dan ubat gigi, kain batik dan pelikat serta barangan keperluan lain termasuk air mineral dan susu bayi. Segalanya disediakan bagi memastikan beban yg ditanggung terasa sedikit ringan dengan keprihatinan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Walau bagaimanapun masih ada segelintir manusia yg gemar mengambil kesempatan di atas kesusahan org lain...dengan berpindah ke pusat pemindahan walaupun rumah mereka sedikit pun tidak dinaiki air...gara2 inginkan bantuan yang disediakan, mereka sanggup menangguk di air yang keruh...ntahlah...kami di pihak jabatan..tidak banyak yg mampu kami lakukan bagi menangani masalah ini..namun ianya benar2 senario yang menyedihkan...

Bahagian Kaunseling dan Psikologi telah mengambil kesempatan di musim banjir ini dengan menjalankan pelbagai program khusus untuk mangsa2 banjir di pusat pemindahan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan mewarna dan jigsaw puzzle untuk kanak2, sukaneka dan bimbingan kepada golongan remaja. Ianya diadakan demi memenuhi kewajipan dan tanggungjawab kami kepada komuniti terutama yang dilanda musibah seperti ini. Ini juga membuktikan bahawa jabatan bukan hanya menyalurkan bantuan berbentuk material malah sokongan emosi dan motivasi.

Setiap tahun kami kaunselor di JKM sentiasa bersedia dengan bencana banjir yang melanda Terengganu saban tahun. Tiada yg lebih beerti bagi kami selain daripada membantu mereka yang dalam kesusahan. Semoga Allah memberikan kami kekuatan untuk terus menabur bakti kerana segala usaha yang telah kami taburkan hanya harapan pahala dari yang Esa yang kami harapkan...Aminnn..