Monday, November 16, 2009

sesi kenal diri...

salam sumer...first of all..takde apa yg nak diperkatakan selain dari rasa gembira kerana kewujudan blog ini yg khusus utk menyalurkan maklumat mengenai Bahagian Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu kepada sumer pembaca budiman sekalian...seperti mana yg telah diketahui sebelum ini...JKMNT mempunyai 9 orang Pegawai Psikologi aka Kaunselor dan seorang Penolong Pegawai Psikologi...kami telah ditempatkan di semua daerah negeri Terengganu dari Kemaman sampailah ke Besut..

Pegawai Psikologi telah mula bertapak di Jabatan Kebajikan Masyarakat secara rasminya pada tahun 2002 untuk memenuhi kehendak Akta Kanak-Kanak 2001 utk mewujudkan Bengkel Interaktif sebagai salah satu syarat bon berkelakuan baik...walau bagaimana pun...Pegawai Psikologi di JKM bukan shj tertumpu pada program2 bengkel interaktif malah mencakupi semua golongan sasar di jabatan...senang citer from womb to tomb or minal mahdi ilal lahdi...

Selain daripada kaunseling individu kami turut terlibat dengan aktiviti2 seperti :

Kaunseling Komuniti
Dengan bertemakan "Kemelut Dirungkai Sayang Disemai" kaunseling komuniti telah berjaya dijalankan di 4 daerah iaitu
i/Kuala Terengganu (Felda Sentosa - golongan sasar kepada remaja) ,
ii/Setiu (Felda Chalok - golongan sasar kepada remaja)
iii/ Hulu Terengganu (Felda Bukit Bading - golongan sasar kepada ibu tunggal)
iv/ Kemaman (Kompleks Penyayang - golongan sasar kepada remaja)
p/s : gambar akan diupload kemudian

Kaunseling Institusi
Bahagian Kaunseling dan Psikologi juga berperanan menjalankan sesi kaunseling dan program bagi penghuni di insitusi akhlak di negeri Terengganu. Bagi tahun 2009, BKP telah mengadakan 4 program khusus untuk Sekolah Tunas Bakti (P) Marang dan Asrama Rusila Marang iaitu :
i/ Program Motivasi ARM di Anggulia Beach Resort
ii/Program Motivasi STB di Agro Resort Setiu
iii/ Program Motivasi ARM (bertempat di dewan ARM)
iv/Program Motivasi ARM di Agro Resort Setiu

Program Motivasi dan Ujian Psikometrik Kakitangan JKMNT
BKP juga terlibat dengan mengendalikan program2 utk kakitangan jabatan. Sepanjang tahun 2009 beberapa BKP telah mengadakan tour motivasi di beberapa institusi naungan JKMT iaitu :
i/ Rumah Ehsan Dungun
ii/ Taman Sinar Harapan
iii/Bengkel Kebajikan Marang
iv/ PKMD
Bagi tahun 2009 juga, BKP diberi mandat untuk menjalankan 2 ujian psikometrik kepada semua kakitangan JKMNT iaitu ujian Personaliti Sidek dan 16 PF. Ianya bagi memenuhi profil kakitangan seperti mana yang telah diarahkan oleh Yg.Bhg Dato' KP sendiri.

Selain dari tugas2 di atas, BKP turut terlibat denagn aktiviti2 yang dianjurkan oleh setiap bahagian di bawah JKMNT seperti Bahagian Kanak2, Bahagian OKU, Bahagian Warga Tua dan Keluarga dan lain2 lagi. BKP sentiasa bersedia untuk menyumbangkan tenaga dan kemahiran yang ada bagi memastikan tahap perkhidmatan JKM sentiasa berada di landasan yang cemerlang untuk golongan sasar.

No comments: